Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Just how to Produce...

Bullying contains behaviors that are centered on making another person feel insufficient, or...

Sajat Diminta Kemuka Bukti,...

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diminta...

Baru Selesai Bayar Ikat...

BARU selesai membayar wang ikat jamin untuk sembilan pertuduhan yang didakwa ke atasnya sebelum...

Syahrul Ridzwan Letak Syarat...

TAHNIAH kepada Syahrul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 27, yang...

Skuad Hoki Tak Berdepan Masalah Pertahankan Emas

KUALA LUMPUR – Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin optimis skuad hoki wanita kebangsaan tidak berdepan masalah mempertahankan pingat emas yang dimenangi ketika di Singapura pada 2015.

Marina berkata ia disebabkan tahap prestasi semasa, skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu ketika ini berada di tahap terbaik selepas menjalani program latihan yang mantap sejak setahun lalu.

“Dengan perkembangan prestasi serta program latihan yang sangat mantap dilalui mereka sejak tahun lepas, saya yakin mereka boleh bersaing mendapatkan emas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan skuad hoki wanita di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, hari ini.

Bekas ratu trek negara itu turut percaya skuad ‘Malaysia Tigress’ mampu mengekalkan prestasi cemerlang menjelang temasya dwitahunan itu walaupun menghadapi misi getir saingan separuh akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) yang dijadual bermula 8-22 Julai ini di Afrika Selatan.

“Pada pandangan saya, mereka ini adalah atlet profesional, oleh itu saya percaya mereka mampu mengekalkan puncak prestasi mereka dalam masa sebulan selepas tamatnya WHWL dan ia tidak akan menjejaskan persiapan menjelang Sukan SEA,” tambah beliau.

Sementara itu, kapten hoki wanita kebangsaan, Siti Nor Amarina Ruhani berkata pasukannya kini perlu menggandakan segala usaha sekiranya berhasrat mengecapi kejayaan di WHWL serta mempertahankan emas di Sukan SEA.


“Perlawanan di Afrika Selatan nanti bukannya sesuatu yang mudah oleh itu kami perlu lebih bekerja keras dan terus kekal fokus dalam meningkatkan prestasi pasukan jika ingin meraih kejayaan di sana dan juga di Sukan SEA,” ujarnya.

Skuad hoki wanita negara bakal menjalani latihan di samping mengharungi beberapa perlawanan persahabatan di tiga negara Eropah iaitu Belgium, Jerman dan Belanda pada April ini sebagai persiapan menghadapi saingan separuh akhir WHWL.

Untuk rekod, sejak acara hoki wanita mula dipertandingkan pada Sukan SEA 1993 di Singapura, Malaysia berjaya meraih enam pingat emas iaitu pada 1997, 1999, 2001, 2007, 2013 dan 2015. – BERNAMA

Kategori