Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Terkenal Kantoi Pegang...

BEIJING - Seorang penyanyi terkenal China ‘kantoi’ berpura-pura menyanyi dengan hanya menggerakan bibir...

Permaisuri Siti Aishah Penaung...

KUALA LUMPUR - Suatu masa dahulu wanita bernama Siti Aishah Abdul Rahman dari...

Tarif Baharu Elektrik Diharap...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang...

Ribuan Dijangka Sertai Himpunan...

KUALA LUMPUR - Lebih 7,000 peserta dijangka menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah esok yang...

SME Bank Agih Dana RM70 Juta Untuk Bisnes Online

KUALA LUMPUR – SME Bank mengagihkan bantuan kewangan sehingga RM70 juta, setakat ini, di bawah program Pembiayaan Perniagaan Dalam Talian bank itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan SME Bank Xcess 2017 di sini hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata bank memperuntukkan RM200 juta bagi pembiayaan perniagaan dalam talian sejak 2016.

Beliau juga berkata bank menyasarkan untuk melancarkan program pembiayaan Perniagaan Dalam Digital (BID-IT) pada bulan depan.

“Ini sebuah lagi program yang diwujudkan untuk membantu usahawan muda, berumur antara 20 dan 35, untuk mengembangkan perniagaan kecil mereka yang sedia ada dan menceburi platform digital dan e-dagang,” katanya.

Beliau berkata peserta BID-IT perlu melalui program pembangunan yang menyeluruh sebelum mendapat bantuan kewangan daripada SME Bank.

“Kami yakin program tersebut akan mendapat sambutan yang positif pada tahun ini, terutamanya selepas pembentukan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).


“Kami menjangka akan mencapai sasaran kami susulan melihat trend yang meningkat dalam kalangan usahawan muda untuk menjalankan perniagaan melalui platform digital,” kata Mohd Radzif.

Sementara itu, katanya seramai 1,500 usahawan sederhana dan kecil menyertai program SME Bank Xcess yang termasuk berkongsi pengalaman dan kejayaan, forum dan perkhidmatan rundingan oleh SME Bank, agensi dan syarikat terpilih.

Mohd Radzif berkata di bawah program itu, SME Bank meluluskan pembiayaan sehingga RM1 bilion pada tahun lepas. – BERNAMA

Kategori