Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Elak Virus Perpecahan –...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengingatkan Ahli Dewan Undangan (Adun) negeri itu supaya...

Agensi Amah Digantung Lesen

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura menggantung lesen sebuah agensi pekerjaan dan memberi amaran...

Alam Flora Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR — Syarikat pengurusan sampah, Alam Flora Sdn Bhd mengenal pasti 12...

Kekasih Australia Beri Cincin,...

KISAH cinta antara pelakon Raja Ilya dan seorang lelaki dari Australia sememangnya bukan...

Somalia: 110 Orang Maut Akibat Kemarau

MOGADISHU – Seramai 110 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut dalam tempoh dua hari akibat kebuluran dan cirit-birit di selatan Somalia susulan kemarau yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan, kata Perdana Menteri.

Pada Febuari Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengatakan tahun ini, kira-kira 270,000 kanak-kanak bakal menderita akibat kekurangan zat makanan ekoran kemarau di Somalia.

“Situasi itu turut menyukarkan penternak dan ternakan mereka.Pada masa sama ramai penduduk di landa kebuluran dan cirit-birit. Dalam tempoh 48 jam lepas 110 orang maut di wilayah Bay.

“Kerajaan Somalia akan berusaha sebaik mungkin dan mengesa semua rakyat Somalia walau di mana berada untuk membantu penduduk yang kebuluran,” kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Hassan Ali Khaire selepas mesyuarat jawatankuasa tindakan kebuluran.

Empat hari lepas Presiden Mohamed Abdullahi Farmajo mengumumkan keadaan kemarau itu sebagai bencana negara.

Awal minggu ini penyelaras bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Somalia Peter de Clercq memberi amaran kemarau akan mengundang masalah kebuluran.


Menurut laporan bersama PBB dan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, kebuluran di Somalia telah mengorbankan 258,000 orang antara tahun 2010 dan 2012.

Pertubuhan kemanusiaan turut mengkritik tindakan masyarakat antarabangsa yang dikatakan lambat dalam memberi bantuan terhadap penduduk yang dilanda krisis kebuluran.

Jika masalah itu berlarutan UNICEF menganggarkan 1.4 juta kanak-kanak berdepan risiko kematian. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori