Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Calon 18 Tahun: Persediaan...

KUALA LUMPUR - Keputusan membolehkan individu berusia 18 tahun bertanding dalam pilihan raya,...

Adakan Kerjasama Lindungi Ummah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa agar...

Aliran Trafik Lancar, Terkawal

Kuala Lumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar menjelang perayaan...

Tun M Cuba ‘Disucikan’...

KUALA LUMPUR - Ucapan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa dalam...

SPM: Peratusan Pelajar MRSM Raih 9A Naik

KUALA LUMPUR – Seramai 1,129 daripada 7,370 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh 9A bagi semua subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu meningkat kepada 15.3 peratus berbanding 14.69 peratus pada 2015.

“MRSM sekali lagi berjaya mencapai prestasi yang cemerlang, di mana kesemua 48 MRSM telah mengekalkan prestasi sebelum ini dengan mencapai 100 peratus gred lulus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata mata pelajaran Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 0.34 peratus selain Pendidikan Islam serta mata pelajaran elektif iaitu Biologi, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.


Katanya antara MRSM yang menunjukkan peningkatan cemerlang adalah MRSM Tun Ghafar Baba dengan Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 1.2184, diikuti MRSM Taiping (1.3819), MRSM Kuantan (1.8404), MRSM Alor Gajah (1.9404).

MRSM Tun Dr Ismail (1.9456), MRSM Batu Pahat (1.9653) dan MRSM Langkawi (1.9790). – BERNAMA

Kategori