Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kematian Maradona Didakwa Kerana...

BUENOS AIRES - Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang...

Kejadian Paling Mencemaskan Ketika...

Kami pasti jika anda dikejar oleh anjing, pasti anda akan lari sekuat hati...

Antara Badut McDonald’s dan...

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak boleh...

12 Pemain Bola Sepak...

BUENOS AIRES - Dua belas pemain bola sepak remaja Thailand dan jurulatih mereka...

Staf Kedutaan Korea Utara ‘Bengang’ Disekat Keluar

KUALA LUMPUR – Seorang daripada kaunselor Kedutaan Besar Korea Utara di ibu negara jelas tidak berpuas hati kerana tidak dapat meninggalkan pejabat canseri tersebut di sini hari ini.

Ia susulan tindakan tegas Kerajaan Malaysia mengeluarkan arahan berkuatkuasa serta-merta untuk menyekat semua petugas kedutaan negara rejim komunis itu daripada cuba bertindak meninggalkan negara ini.

Kim Yu-song dilihat meluru keluar dari pintu pagar bangunan kedutaan di No.7, Jalan Batai, Bukit Damansara di sini yang disekat dua buah kenderaan polis dan tali garisan warna kuning, lapor portal mStar Online.

Sejam sebelumnya seorang lelaki dan seorang wanita warga Korea Utara yang tidak dikenali serta dipercayai staf kedutaan berkenaan turut dihalang daripada meninggalkan bangunan canseri diplomatik tersebut.

Yu-song yang berada di pagar bangunan berteriak memanggil beberapa anggota polis dengan ayat “police come!” dalam jarak 50 meter daripada tempat pihak berkuasa tersebut sedang membuat kawalan keselamatan.

Beliau kemudian berunding dengan tujuh anggota polis berkenaan sebelum dilihat memasuki semula ke dalam bangunan canseri setinggi dua tingkat itu bersama-sama dengan seorang lagi lelaki rakyat negara tersebut.

Baca: Bangunan Kedutaan Korea Utara Dikawal Ketat Polis

Juga: Polis Halang Warga Korea Utara Tinggalkan Malaysia

Lagi: Kedutaan Malaysia Bakar Dokumen, Turun Bendera

Kawalan keselamatan di sekitar premis kedutaan Korea Utara dipertingkatkan pada Selasa selepas duta besarnya ke sini, Kang Chol diusir dari Malaysia petang semala setelah beliau diisytiharkan sebagai persona non grata.


Terbaharu, rakyat Malaysia disekat keluar daripada Korea Utara dan kerajaan Malaysia kemudian mengambil langkah sama bertindak balas bagi memastikan jaminan keselamatan rakyatnya di republik komunis tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara di Pangkalan TUDM Subang, Selangor berikutan suasana tegang hubungan antara Korea Utara dan Malaysia.

Ia ekoran kejadian pembunuhan misteri Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un oleh dua wanita rakyat asing di KLIA2, Sepang, Selangor pada 13 Februari lepas.

Mayat mangsa masih ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara dan kini pihak polis menunggu sampel DNA waris terdekat untuk menentukan sama ada mendiang ialah Jong-nam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori