DAKAR – Sebuah stesen televisyen di Senegal berdepan dengan kontroversi dan siasatan pihak berkuasa selepas ia tersalah siar filem lucah, selama 20 minit.
Ia mengakibatkan stesen tempatan Touba TV bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Kesilapan itu berlaku ketika waktu tengah hari, pada Rabu lepas, sewaktu program ceramah, Taxiru Juma Show sedang ke udara.
Ia mengejutkan ramai kerana Touba TV selama ini sering menyiarkan program berbentuk keagamaan, ceramah dan perbincangan mendalam mengenai agama Islam.
Pihak pengurusan Touba TV bagaimanapun mendakwa terdapat unsur sabotaj dalam insiden terbabit.
“Ia adalah sabotaj kerana imej itu datang dari luar,’’ kata jurucakap Touba TV.
Lebih 90 peratus penduduk Senegal beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC