Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekas Isteri Awie Mengaku...

BEKAS isteri vokalis kumpulan Wing, Awie iaitu Rozana Misbun mengaku pernah mendapatkan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa mereka masih tinggal bersama.

Kerajaan Digesa Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi penjelasan kepada rakyat mengenai jumlah keuntungan yang...

‘Skim Gaji Penjawat Awam...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa skim gaji penjawat awam...

Kepala Bapak Kau! –...

TIDAK dapat menahan lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'terkasar' dalam ucapannya...

Syiling Emas Gergasi Seberat 100kg Dicuri Dari Muzium

SEBUAH muzium di Berlin, Jerman gempar apabila sekeping syiling emas gergasi seberat 100 kilogram bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta) dicuri secara misteri dari ruang pameran bangunan itu.

Laman The Star memetik agensi AFP memberitahu, syiling emas yang memaparkan ukiran wajah Ratu Elizabeth II dari England yang berdiameter 53 sentimeter itu hilang dari Muzium-Bode pada pukul 3.30 pagi pada Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, pihak polis Jerman telah membuka kertas siasatan untuk mencari syiling emas tersebut kepada pakar-pakar seni jenayah.

Syiling Emas Gergasi Seberat 100kg Dicuri Dari Muzium

Syiling Emas Gergasi Seberat 100kg Dicuri Dari Muzium

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis negara itu menerusi laman Twitter, pencuri mungkin mengakses bangunan menggunakan tangga yang dijumpai dibuang berhampiran dengan landasan trem berdekatan.


Syiling emas yang dikenali sebagai Big Maple Leaf itu dikeluarkan oleh firma Royal Canadian Mint dari Kanada pada Mei 2007.

Kepingan emas itu merupakan antara syiling emas asli terbesar di planet ini dan ia sudah dipamerkan di Berlin sejak Disember 2010.

Selain syiling emas gergasi itu, muzium berkenaan turut menyimpan 102,000 syiling dari Greece purba dan 50,000 syiling Rom. – MYNEWSHUB.CC

Kategori