Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Falisha ‘Korban’ Rambut Panjang...

AKTRES kelahiran Kuching, Sarawak, Nur Falisha Crossley Faisal, mendedahkan kesanggupannya mengorbankan rambut panjang...

Pemilihan Calon BN Pastikan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon-calon Barisan...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat berkelajuan 40 hingga 50km sejam (Kmsj) dengan...

Jerebu: Tentera Darat Sedia...

KUCHING - Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran tanah gambut dan belukar...

Tak Buat Kerja Sekolah, Budak 10 Tahun Disalib

SEORANG bapa di barat daya China bertindak menjatuhkan hukuman salib ke atas anak lelakinya berusia 10 tahun selepas kanak-kanak itu enggan melakukan kerja rumahnya.

Kanak-kanak itu disuruh melutut di atas sebuah bakul buah plastik, sementara tangannya pula didepakan pada sebatang kayu berbentuk salib atau ‘T’.

Insiden itu dirakam di bandar Chongqing daerah Yongchuan.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa memberitahu bahawa bapa kepada kanak-kanak itu merupakan seorang penjual buah dan terkenal dengan ketegasan dalam mendidik dua anak lelakinya.

Menurut laman Daily Mail, punca si bapa naik berang dan bertindak menghukum kanak-kanak itu setelah mendapat perkhabaran daripada guru sekolah bahawa anaknya sekali lagi tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Oleh itu, si bapa bertindak menjatuhkan hukuman sedemikian untuk memberi pengajaran kepada anaknya itu. Namun kanak-kanak itu dibebaskan selepas beberapa jam menjalani denda tersebut.

Foto kanak-kanak itu ketika didenda tersebar meluas di laman sesawang setelah dirakam secara curi-curi oleh jirannya itu.


Baca: Gantung Anak Tidak Siap Kerja Sekolah

Kata bapa kanak-kanak itu, apa yang dilakukannya itu bukanlah sesuatu yang serius dan gurauan semata-mata namun tidak menyangka pula ia akan mendapat perhatian sebegitu.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan sama ada bapa kepada kanak-kanak itu disiasat oleh pihak polis atau tidak berhubung tindakan yang dilakukannya itu.

Terdahulu seorang bapa dari Meishan di wilayah Sichuan dirakamkan menggantung anaknya beberapa sentimeter di atas sungai sebagai denda kerana tidak membuat kerja sekolah. -MYNEWSHUB.CC

Kategori