Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar M’sia Dapat Jemputan...

GEORGE TOWN - Asher Paul Ang hanya berusia 18 tahun tetapi mahasiswa dari Rawang,...

Pinda Perlembagaan Untuk Penyokong...

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat meminda Perlembagaan Persatuan Bolasepak Malaysia...

Kualiti Udara Kekal Baik...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik...

Penjara Brazil Diserang, 100...

SAO PAULO - Sekumpulan lelaki bersenjata berat menyerang pintu depan penjara keselamatan maksimum...

Tak Putus Asa, Alyah Bangkit Lebih ‘Garang’

KEGAGALAN single Engkau Milikku yang diterbitkan pada tahun lalu, bukan penghalang buat penyanyi Datin Alyah Abu Hasan untuk terus bangkit dengan lebih berani lagi.

Menurut Harian Metro, Alyah memberitahu bahawa dia memulakan strategi baharu dan akan melancarkan tiga lagu baharu dalam masa terdekat.

Lagu pertamanya berjudul Menunggu Bayangmu iaitu lagu tema drama Lara Cinta Ameena. Manakala single kedua pula berduet bersama Farawahida berjudul Mengapa Harus Aku dan ketiga, Jutaan Purnama.

Tak Putus Asa, Alyah Bangkit Lebih 'Garang'

Tambah penyanyi berusia 35 tahun ini, kegagalan lalu menjadi pengajaran buatnya dan kali ini dia akan berusaha berhabis-habisan untuk menempatkan ketiga-tiga single baharu ini sebaris dengan lagu popularnya Kisah Hati.

Ini kerana lagu tersebut pernah memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.


“Saya memang nak ‘all out’ dengan tiga lagu terus. Saya belajar daripada kesilapan tahun lalu apabila berhabis untuk satu lagu saja tapi hasilnya lambat dan tidak berjaya.

“Saya berharap antara tiga lagu ini biar ada sekurang-kurangnya satu yang boleh pergi jauh. Namun kalau semuanya berjaya saya sangat bersyukur!” katanya.

Single Engkau Milikku menelan belanja sebanyak RM300 ribu dan penggambaran muzik videonya dilakukan di Ladakh, India. – MYNEWSHUB.CC

Kategori