Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KTMB Tempatkan Polis Dalam...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menempatkan anggota polis berpakaian...

Menantu Dan Bapanya Didakwa...

BENTONG - Seorang menantu perempuan bersama-sama bapanya dan dua saudaranya mengaku tidak bersalah...

Makan Pisang Boleh Bantu...

PISANG merupakan sumber yang baik bagi vitamin B6 yakni sejenis vitamin yang penting...

ECRL: Beri Kerjasama Untuk...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia Rail...

Talaqqi Bendung Ajaran Menyimpang Dari Islam

PENDANG – Sistem pengajian secara talaqqi atau berguru dengan kitab turath (kitab warisan) merupakan senjata ampuh bagi umat Islam mengekang ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata apa yang dilakukan para guru di pengajian pondok ketika ini adalah tepat dan perlu diperluaskan lagi agar umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan ajaran baharu yang terkeluar daripada syariat Islam sebenar.

“Sistem talaqqi adalah sistem warisan tamadun Arab yang diwarisi lebih 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW dan terus diperkasakan oleh para sahabat baginda yang bertujuan untuk menyimpan dan mengembang keilmuan syariat Islam.

“Dengan sistem ini, sesuatu perkara dibincangkan dan dirujuk hingga dapat melahirkan golongan ilmuan yang boleh berada di barisan hadapan bagi menangkis pemahaman dan kepercayaan yang mampu menyesatkan umat Islam.

“Malah dalam konteks media sosial, ia juga penting agar sesuatu isu itu boleh dijelaskan degan baik dan tidak memahaminya sendiri sehingga sesuatu perkara disalah ertikan yang boleh menggugat keimanan seseorang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Memartabatkan Keilmuaan Talaqqi dan Turath Islam di Pondok Bukit Jagung, Padang Pusing di sini hari ini.

Jamil Khir berkata sebagai contoh isu berkaitan jihad, banyak yang beranggapan ia perlu mengangkat senjata dan berjuang di negara bergolak, tetapi pada hakikatnya pengertian jihad adalah lebih luas.


Sehubungan itu, beliau mengharapkan pengajian secara talaqqi dan bersandarkan kitab-kitab warisan (turath) diteruskan ke semua lapisan masyarakat agar maklumat berkaitan Islam adalah jelas dan tidak menyimpang dari ajaran sebenar.

Sementara itu, katanya kerajaan Malaysia sangat menghargai jasa baik kerajaan Arab Saudi yang membuat penambahan kuota haji kepada 30,200 orang bagi musim haji tahun ini.

Dalam persidangan Dewan Rakyat 15 Mac lalu, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.

Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini. – BERNAMA

Kategori