Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Mengaku Tak...

SEORANG koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Johor Bahru hari...

2 Mayat Dipercayai Nelayan...

PONTIAN - Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau...

Tom Cruise Cedera Shooting...

PELAKON Tom Cruise dilapor mengalami kecederaan selepas gagal melaksanakan aksi lagak ngeri lompat...

Singapura Laksana Lesen Digital...

SINGAPURA : Lesen vokasional digital diperkenalkan untuk pemandu teksi, bas, kenderaan sewa persendirian...

Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong Group), Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd, mencatat pengeluaran satu juta kenderaan Nissan di negara ini bulan lepas.

Tan Chong Group adalah cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia sejak ia mula beroperasi pada 1957.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Christopher Tan berkata, kejayaan mencapai sejuta kenderaan itu menunjukkan prestasi, kebolehpercayaan serta kredibiliti Nissan dan kumpulan tersebut.

Sempena sambutan ulang tahun Nissan, beliau berkata, ETCM yang juga anak syarikat milik penuh, akan menganjurkan Kempen Tawaran Hebat Ulang Tahun Ke-60, dengan menawarkan model jualan tertingginya, Nissan Almera 1.5 Automatic, daripada serendah RM600 sebulan.


Ia juga telah melancarkan Kempen Liga Juara-Juara Pesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Nissan Union bagi tahun ketiga berturut-turut, dengan peminat berpeluang memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir liga tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.nissan.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Nissan ETCM di 1-800-88-3838. – BERNAMA

Kategori