Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Restoran Ubah Penampilan, Pelayan...

Seorang pemilik restoran yang bosan dengan penampilan pekerjanya, mempunyai kaedah untuk menceriakan restoran...

Harga Runcit Petrol RON97...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen kepada paras RM4.15 seliter...

Gulai Lemak Cili Padi...

Buat anda yang tertanya-tanya resipi apa kalini, haa jom kita pekena masakan gulai...

Pasangan Saman RM10 Juta,...

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu...

Tan Sri Direman 5 Hari Kes Cuba Rasuah Sultan Johor

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 4 April itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Lelaki berusia 54 tahun tersebut ditahan SPRM selepas dia menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu semalam.

Dia berbuat demikian susulan amaran oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang mahu individu itu tampil menyerah diri sebelum 12 tengah malam semalam atau nama serta gambarnya didedahkan kepada umum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua perkara atau transaksi yang berkaitan kesalahan.

Suspek yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini pada 9.30 pagi dengan diiringi tiga pegawai SPRM.


Dia diwakili tiga peguam iaitu Datuk K. Kumaraendran, Datuk Joshua Kevin dan JR Tey.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Kategori