Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Jangan Melenting...

PUTRAJAYA - Penjawat awam diingatkan supaya tidak melenting apabila ditegur, sebaliknya berusaha meningkatkan...

Tatoo Sama, Video Lucah...

VIDEO lucah didakwa memaparkan aksi seks artis Korea yang juga selebriti siri TV Running Man,...

Pejamkan Mata Ditonton Lebih...

PEJAMKAN Mata merupakan sebuah lagu yang memiliki lirik cukup bermakna sama ada tersurat mahupun...

Bekalan Petrol Dan Diesel...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis...

Telan 1,000 Syiling, Omsin Mati Akibat Keracunan Darah

BANGKOK – ‘Omsin’, penyu betina yang mendapat perhatian media antarabangsa kerana menelan hampir 1,000 syiling seberat 5 kilogram, mati akibat keracunan darah pada Selasa.

Kematian reptilia itu, yang juga dikenali dengan nama ‘Piggy Bank’ di Thailand, diumumkan Nantarika Chansue, pakar veterinar di Pusat penyelidikan Akuatik, Chulalongkorn University di sini.

“Omsin mati pada 10.10 pagi ini (waktu tempatan),” katanya kepada pemberita, yang sentiasa menantikan maklumat terkini mengenai reptilia itu sejak tersebarnya berita tentang keadaan kesihatannya yang merosot beberapa hari lepas.

Nantarika dan pasukannya menjaga penyu berusia 25 tahun itu sejak mereka melakukan pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan syiling seberat 5kg daripada saluran penghadamannya awal bulan ini.

Berita tentang pembedahan terhadap ‘Omsin’ menarik perhatian media antarabangsa dan usaha memulihkan kesihatannya menjadi tumpuan akhbar tempatan, manakala rakyat Thailand pula mengharapkan reptilia itu segera sembuh.


Sebelum memperoleh status antarabangsa, penyu itu ditempatkan di sebuah kolam di Wilayah Chon Buri, yang menjadi tumpun penduduk tempatan melempar syiling dengan harapan memperoleh tuah. – BERNAMA

Kategori