Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Serbu Restoran Jual...

GEORGE TOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini...

Video: Apabila Pelajar IPT...

SIAPA sahaja tidak geram dan marah apabila mengetahui kenderaan yang diparkir telah dihalang...

Fitnah Konon Tun Razak...

KUALA Lumpur International Financial District atau lebih dikenali dengan Tun Razak Exchange (TRX)...

Media Online Salah Lapor...

KUALA LUMPUR - Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berasa kesal dengan salah lapor...

Tengkorak Manusia Berusia 400,000 Tahun Ditemui

LISBON – Pasukan arkeologi antarabangsa menemui fosil manusia purba tertua berusia hampir 400,000 tahun di Portugal, lapor agensi berita rasmi Portugal, Lusa pada Isnin.

Menurut agensi berita China Xinhua, pasukan arkeologi diketuai Joao Zilhao menemui tengkorak kepala manusia purba di sebuah gua di Aroeira, Torres Novas di tengah Portugal.

Hasil penemuan mereka kemudian didedahkan kepada umum menerusi buletin berkala terbitan Akademi Sains Negara Amerika Syarikat

“Ia merupakan fosil manusia purba tertua ditemui di wilayah Portugal dan antara yang tertua di benua Eropah,” kata Joao Zilhao.

Fosil manusia belum pernah lagi ditemui dalam tempoh ‘Pleistocene (Ice Age)’ yang merangkumi tempoh 2.5 juta tahun kepada 11,500 tahun dahulu di beberapa bahagian di barat Eropah. – BERNAMA

Kategori