Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 40.1 peratus kes demam denggi atau 290...

Berita PM Jepun, Shinzo...

Kedutaan Jepun Malaysia menafikan khabar angin mengatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah...

Kakitangan LHDN Dilarang Terima...

KUALA LUMPUR - Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak dibenarkan menerima sebarang...

Rakaman CCTV Dipapar Terus...

KUALA LUMPUR - Rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam lif dipaparkan...

Tengku Permaisuri Selangor Sertai Marathon Wanita

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyertai Marathon Wanita Malaysia di perkarangan Stadium Shah Alam di sini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin.

Marathon yang bermula kira-kira 7.15 pagi tadi dengan penyertaan lebih 5,000 peserta diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melepaskan peserta larian mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak melibatkan jarak sejauh 42 kilometer.

Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita yang menyambut baik penganjuran program itu berkata ia juga sebagai tanda sokongan bahawa isu wanita tidak seharusnya dibicarakan oleh wanita sahaja malah perlu melibatkan sokongan lelaki.


“Program tahun kelima yang dianjurkan oleh Tourism Selangor sempena menyambut Hari Wanita ini membuktikan bahawa kerajaan negeri turut mendukung peranan wanita sebagai ejen perubahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori