Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Punyalah Kuat Si Nga...

Salah satu cara yang digunakan DAP untuk memburukan kerajaan adalah dengan menimbulkan sebegitu...

Jambatan Seri Ehsan Permudahkan...

PUTRAJAYA - Jambatan Seri Ehsan yang menghubungkan Presint 4 dan Presint 19 di...

JDT Perlu Lebih Agresif...

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari harus mengadaptasi taktikal yang...

Media Pahang, NGO Bantu...

KUANTAN - Fahim Aqeed Mohamad Feisal telahpun berusia enam bulan, namun sejak dilahirkan...

Tentera Filipina Bunuh Ketua Unit Kumpulan Abu Sayyaf

MANILA – Seorang ketua unit kumpulan Abu Sayyaf yang amat dikehendaki berjaya dibunuh selepas cuba mengelak dari ditahan polis dan tentera di Pulau Tawi-Tawi, selatan Filipina pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Buchoy Hassan yang juga dikenali sebagai Black atau Bocoi, dibunuh dalam operasi Pasukan Khas Bersama Polis Dan Tentera Tawi-Tawi di rumahnya di Kampung Barangay Panglima Alari, Sitangkai, kata tentera.

Tentera turut merampas sepucuk raifal M16, lima bot laju dan beberapa enjin sangkut.

Hassan, 48, adalah seorang penjenayah amat dikehendaki kerajaan Malaysia kerana didakwa terbabit dalam kes culik seorang rakyat China di pulau peranginan Pom Pom di Sabah pada November 2013.

Dia dilaporkan menjadikan Barangay Panglima Alari sebagai markas membelanjakan habuan sindiket dadah jenis syabu yang diedarkan di sekitar Sibutu, Sipangkot dan Bongao di Tawi-Tawi.


Selain itu Hassan juga dilaporkan merekrut dan menggunakan bot terbabit untuk aktiviti haramnya dan didakwa menjadi dalang utama pengedaran dadah di Tawi-Tawi.

“Kami akan meneruskan usaha menguatkuasakan undang-undang dengan membantu polis dan agensi lain untuk mempercepatkkan tangkapan anggota kumpulan yang sering melakukan jenayah penculikan di wilayah berkenaan,” kata Komander Tentera Barat Mindanao Mejar Jeneral Carlito Galvez Jr.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte juga telah mengarahkan operasi ketenteraan dilancarkan bagi memerangi kira-kira 500 anggota kumpulan Abu Sayyaf yang menjalankan kegiatan di pedalaman wilayah Sulu dan Basilan. – BERNAMA

Kategori