Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ramai Artis Kena Tipu,...

DISEBABKAN terdapat bayaran tertunggak yang terpaksa ditanggung oleh pelakon Mawar Rashid, dia kini...

Rumah 36 Keluarga Rosak...

TEMERLOH - Tatkala umat Islam sedang membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal...

Suruhanjaya Islam-Kristian Beri Amaran...

RAMALLAH - Suruhanjaya Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada...

Boleh Edar Bible Depan...

BEBAS... Pelajar Muslim di Pulau Pinang kini bebas mendapatkan naskhah Bible yang diedarkan...

Tentera Filipina Jumpa Mayat Tebusan Jerman

MANILA – Tentera Filipina semalam menemui mayat tebusan Jerman yang dipenggal militan Islam minggu lalu. Rangkaian Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina, membunuh Jurgen Kantner, 70, selepas tuntutan mendapatkan tebusan 30 juta peso (RM2.6 juta) tidak dipenuhi.

Pegawai tentera berkata, pasukan marin menemui mayat Kantner petang kelmarin di kubu kuat militan di Sulu, lebih 1,000 kilometer ke selatan Manila.

“Pasukan Tentera Filipina terus dengan usaha untuk menghantar mayat mangsa ke negaranya bagi membolehkan beliau mendapat pengebumian sempurna,” kata jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo.

Kapal layar Kantner, Rockall, ditemui hanyut pada 7 November lalu di selatan Filipina dengan mayat teman wanita mangsa, Sabine Marz, yang ditembak berada di dalamnya.

Abu Sayyaf mendakwa melakukan penculikan itu.


Mayat Kantner berada di rumah mayat hospital tentera di Sulu ketika pegawai menyiapkan dokumen untuk menghantar pulang mayat itu, kata pihak berkuasa.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, meminta maaf Selasa lalu kerana gagal menyelamatkan Kantner dan berkata tentera meningkatkan operasi menghapuskan militan. – AGENSI/BH ONLINE

Kategori