Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

VTL Darat Malaysia-Singapura Tidak...

JOHOR BAHRU: Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan...

DCA Akan Laksana Kenaikan...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan melaksanakan kenaikan yuran dan caj secara...

Pelajar Malaysia Di UK...

KUALA LUMPUR - Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) UMNO meminta semua pelajar yang...

Sebenarnya Berapa Kerap Anda...

BERAPA kerap anda mencuci rambut? Seminggu sekali atau setiap hari? Mungkin ada juga...

Tergamam Saksi Fenomena Belalai Air Di George Town

PENGGUNA Jambatan Pulau Pinang ‘disajikan’ dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai air atau pusaran angin muncul bersebelahan laluan itu, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Menurut beberapa saksi, fenomena itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit.

Meskipun ia hanya berlaku sekejap, namun fenomena itu menarik perhatian pengguna sehinggakan ramai sanggup memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan.

Seorang saksi, Nasrul memberitahu, selepas fenomena itu, hujan lebat pula berlaku.

“Saya tergamam kerana pertama kali melihat fenomena berkenaan dan syukur ia hanya seketika sebelum hujan lebat,” katanya kepada BH Online.


Menerusi satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, belalai air ini tidak membawa bencana memandangkan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Bagaimanapun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil ketika fenomena berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Kategori