Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

NGO Gesa Polis, BNM...

KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis menggesa...

Tak Masuk Akal Caj...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan...

Polis Selamat 11 Pekerja...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menyelamatkan 11 lelaki pekerja asing yang dianiaya majikan...

Jangan Bersenam Seminggu Selepas...

PETALING JAYA - Orang ramai yang telah mengambil suntikan pertama dan kedua vaksin...

Terus Berkhidmat Bidang Perundangan Walau Bersara

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata beliau akan terus memberikan khidmat dalam bidang perundangan walaupun setelah bersara kerana minat yang mendalam dalam bidang yang sudah sebati dengan dirinya sejak mula berkhidmat pada 1974.

“Bersara…berehatlah, apa pun saya akan terus berkhidmat dalam bidang perundangan…kita perlu sedikit pendapatan dan untuk mengisi masa lapang,” katanya yang sentiasa ceria sepanjang sesi temu ramah khas bersama beliau sempena persaraannya pada 31 Mac ini, di Bilik Mesyuarat, Pejabat Ketua Hakim Negara, di sini hari ini.

Terdahulu, sebelum menghadiri sesi temu ramah khas itu, beliau juga telah mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau yang menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Perdana Menteri kira-kira 42 tahun yang lalu sebelum menjadi majistret pada 1976, berkata beliau harus kekal aktif walaupun setelah bersara.

“Saya perlu aktif, saya fikir adalah penting untuk aktif jika tidak keupayaan mental kita juga akan berkurangan,” katanya yang merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 dan kemudian menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.

Ketika ditanya siapakah yang menjadi sumber inspirasi baginya menceburi bidang perundangan beliau berkata: “Semuanya secara kebetulan…kita orang kampung, saya telah dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sains Politik.

“Tetapi apabila dipujuk oleh Allahyarham Kassim Ahmad (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Kassim Ahmad), saya pun tukar kursus pengajian saya, begitulah yang berlaku,” kata anak kelahiran Kelantan yang pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008.


Arifin juga mencadangkan umur persaraan bagi hakim negara ini dinaikkan daripada 66 tahun kepada 70 tahun memandangkan jangka hayat penduduk di negara ini telah meningkat.

Beliau berkata umur persaraan bagi hakim di Malaysia ketika ini adalah yang paling muda berbanding negara-negara ASEAN yang lain, dan umur persaraan 70 tahun itu adalah ideal.

“Sewaktu menghadiri persidangan Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) baru-baru ini, rakan sejawatan saya di beberapa negara lain terkejut apabila mengetahui umur persaraan bagi hakim di Malaysia adalah yang paling muda, di negara lain seperti di Filipina, Brunei dan Indonesia semuanya pada usia 70 tahun. Umur 70 adalah trend pada ketika malah di rantau ASEAN,” katanya.

Sementara itu, beliau yang dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2011 menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran yang diterima oleh hakim-hakim di negara ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan kepada institusi kehakiman.

“Ia adalah satu penghargaan dan saya tiada bantahan mengenai perkara itu,” katanya sambil berseloroh bahawa tiada sebab untuknya membantah mengenai penganugerahan itu. – BERNAMA

Kategori