Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Syarikat GLC Arab Saudi...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) sedang dalam rundingan dengan syarikat berkaitan kerajaan...

Polis Sabah Berkas ‘Mat...

KOTA KINABALU - Polis memberkas 'Mat Malaya', lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki...

16 Kes Baharu Covid-19,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini dengan merekodkan 16 kes menjadikan...

Kadar Kemalangan Op Selamat...

SHAH ALAM : Operasi (Op) Selamat 17 yang dijalankan sempena sambutan Tahun Baharu...

Tiada Rezeki, Makanan Niaga Bertabur Akibat Kemalangan

HAJAT dua beradik mencari sesuap nasi dengan berniaga hari ini tidak kesampaian, apabila makanan jualan mereka terjatuh bertaburan di kaki lima selepas mereka terlibat dalam kemalangan

Dalam kejadian di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi tadi itu, dua wanita warga emas berkenaan cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan.

Menurut laporan Facebook Penang Kini, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kebun Sireh ke Seberang Jaya untuk berniaga.

Gambar kemalangan kedua adik beradik warga emas ini turut tersebar menerusi laman sosial sekali gus mengundang simpati ramai.


Rata-rata netizen tersentuh akan nasib kedua-dua mangsa dan kerugian yang mereka alami akibat kejadian itu.

Difahamkan, kedua mangsa kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori