Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

546 Kes Jenayah Babit...

KOTA BHARU - Pengaruh rakan dan lokasi bersempadan negara jiran ialah antara faktor...

Artis Hilang Ramai Pengikut...

SAN FRANCISCO  – Laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram baru-baru ini...

120 Mangsa Banjir Kota...

KOTA BELUD - Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan...

Remaja Bawa Dadah, Berhibur...

BUKIT KAYU HITAM - Trend remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi membawa dadah...

Timbalan Speaker Terima Kunjungan Delegasi Jerman

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini menerima kunjungan delegasi dari Parlimen Jerman di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Delegasi 11-anggota diketuai pengerusi parti Kesatuan Sosial Kristian Bavaria (CSU), Ingrid Heckner turut disertai anggota Parlimen dari negara itu selain pegawai kedutaan Jerman di sini.

Bercakap kepada Bernama selepas pertemuan tertutup kira-kira 30 minit itu, Kiandee berkata beliau dan Heckner bertukar-tukar pandangan mengenai sistem kedua-dua negara itu.

“Kesemua yang hadir merupakan anggota Parlimen daripada Jawatankuasa Perkhidmatan Awam dan mereka ingin mengetahui mengenai perjalanan sistem Parlimen Malaysia.


“Kita turut bincang persamaan dan perbezaan yang wujud antara kedua-dua sistem Parlimen dan konsep yang mereka amalkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori