Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hans Isaac, Gabriella Robinson...

NAMA Hans Isaac, 46, hangat diperkatakan dulu apabila dia mahu mendirikan rumah tangga...

PAS Sokong Ketegasan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - PAS menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia dalam berhadapan kontroversi dengan...

Harga Minyak Masak Naik...

Dari Facebook Najib RazakPADA tahun 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat...

Audit Forensik Luaran Perlu,...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari...

Tingkat Kesedaran Awam Cabaran Terbesar Wan Junaidi

PUTRAJAYA – Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeliharaan alam sekitar kekal sebagai cabaran terbesar bagi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata setiap segmen masyarakat bertanggungjawab untuk mengurangkan sebanyak mungkin pelepasan karbon demi memelihara alam sekitar kita.

“Jika kita tidak memelihara alam sekitar mulai sekarang, kita akan kehilangannya dan tidak akan dapat memuliharanya dalam tempoh yang singkat,” kata beliau dalam temubual dengan Bernama News Channel (BNC) menerusi program khas “Negaraku, Alam Sekitarku” di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Mengenai ikrar Malaysia untuk mengurangkan pelepasan 45 peratus karbon dioksida (CO2) menjelang 2030, Wan Junaidi menegaskan Malaysia bergerak di landasan yang betul ke arah mencapai sasaran menangani perubahan iklim dan pemanasan global.

“Berikutan semua perkembangan di negara ini, akan ada pelepasan. Ini merupakan tugas berat bagi kementerian saya dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memperkenalkan perkara baharu supaya kita boleh melaksanakan pembangunan tetapi mengurangkan pelepasan karbon.

Justeru, kita bergerak di landasan yang betul di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sangat tegas dan menunjukkan kesungguhan berhubung pemeliharaan alam sekitar.

Wan Junaidi berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk dalam Pelan Induk Teknologi Hijau yang memberi tumpuan kepada enam bidang utama iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, pembuatan, pengurusan air dan pengurusan sisa

“Malaysia menyumbang pelepasan amat minimum jika dibandingkan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat dan China. Itulah sebabnya Malaysia dianggap sebagai antara negara yang bejaya,” kata beliau.

Ketika ditanya tentang visinya mengenai pemeliharaan kawasan hutan di Mlaysia, Wan Junaidi berkata Malaysia berjaya mengekalkan 54.5 peratus kawasan hutan yang melebihi sasaran yang ditetapkan bagi pemeliharaan hutan.

Beliau berkata, Malaysia diiktiraf sebagai antara 12 negara di dunia yang mengekalkan warisan semulajadi yang unik yang berkembang lebih 130 juta tahun dengan kepelbagaian flora dan fauna.


“Malaysia terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan hutan dan dilitupi pokok selaras dengan ikrar yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Rio 1992.

Pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu 2015 (COP21), saya juga mengulangi ikrar untuk mengekalkan hutan kita tidak kurang daripada 50 peratus. Pada masa ini kawasan hutan Malaysia meliputi 54.5 peratus atau lebih 18 juta hektar,” katanya.

Mengenai langkah-langkah keselamatan air, Wan Junaidi berkata, kementeriannya sedang memuktamadkan Akta Sumber Air yang baharu untuk memastikan peraturan-peraturan yang lebih baik untuk kerajaan negeri menguatkuasakan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM).

Akta ini akan mengukuhkan pengurusan sumber air di Malaysia. Komitmen dan kerjasama yang kukuh daripada semua pihak berkepentingan adalah perlu termasuk kesedaran awam untuk memastikan sungai yang lebih baik dan bersih,” kata beliau.

Malaysia bertuah kerana mempunyai bekalan air bersih hampir setiap hari dan kaji selidik menunjukkan setiap isi rumah di Malaysia menggunakan 500 liter air setiap hari berbanding 155 liter di Singapura dan 90 liter di Thailand.

Wan Junaidi berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga komited untuk menyokong dan melaksanakan Agenda Pembangunan Lestari (SDG) 2030 terutama mengenai aspek keselamatan sumber air untuk negara.

Bernama News Channel akan menyiarkan temubual itu melalui saluran 502 Astro jam 10 malam pada Jumaat (31 Mac). – BERNAMA

Kategori