Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mohd Irwan Dibawa Ke...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar, dibawa...

PH Bentuk Kerajaan Di...

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Kedah dan Anggota...

Pelakon Zizan Nin Akui...

PELAKON Zizan Nin, 42, mengakui sudah bercerai dengan isterinya, pembaca berita ntv7, Fazilah...

Pembantu Kedai Runcit Ditemukan...

ALOR SETAR - Seorang pembantu kedai runcit warga India ditemukan sudah tidak bernyawa...

Tipu Pindah Milik Tanah: Tiga Individu Lagi Direman

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian di sini antara tiga individu yang direman 21 hari bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah menggunakan kekerasan dua tahun lepas.

Perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Mac dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Mohd Allias selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di tempat kerja baharunya di Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini kira-kira 1 tengah hari semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Mohd Azlan turut mengeluarkan perintah reman 21 hari terhadap broker tanah berusia 50 tahun dan jurugegas berusia 38 tahun, berhubung kes sama.


Kedua-dua lelaki terbabit ditahan di Kuala Lumpur minggu lepas dan telah direman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun polis memohon lanjutan reman selepas tempoh empat hari berakhir semalam, bagi membantu siasatan di bawah POCA. – BERNAMA

Kategori