Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kaji Sebab Kos Rumah...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengkaji semua syarat tambahan dikenakan kerajaan...

Majoriti Mahu Tun M...

Seramai 51 peratus daripada 7,500 responden dalam talian bersetuju kerajaan Pakatan Harapan mempunyai...

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama...

SHAH ALAM - Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan...

Adik Bongkar Kejadian Abang...

TERGAMAK seorang ayah membunuh anaknya sendiri hanya kerana lewat pulang selepas diarahkan membeli...

TPM Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota PDRM

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menunaikan solat Jumaat bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi PDRM serta kira-kira 3,000 jemaah.

Khutbah khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Integriti Melonjak Kualiti Hidup’ disampaikan oleh Superintenden Polis (SUPT) Ghazali Daud daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman. Beliau turut mengimamkan solat Jumaat.

Selesai solat, Ahmad Zahid diiringi Khalid menyertai pegawai-pegawai PDRM untuk majlis makan tengah hari.


Kunjungan Ahmad Zahid ke Pulapol adalah bersempena sambutan Hari Polis ke-210 yang akan diadakan esok, 25 Mac di sini. – BERNAMA

Kategori