Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Ditahan Merusuh

Johor Bahru : Enam suspek dipercayai merusuh ditahan dalam lima serbuan di sini...

SPRM Tahan 34 Penjawat...

SPRM menahan 34 penjawat awam kerana didakwa menerima rasuah lebih RM4.7 juta yang...

Risiko Kebakaran Kampungan Atas...

KOTA KINABALU - Risiko kebakaran di perkampungan atas air dan kawasan setinggan di...

Hisham Rais Anggap Kerajaan...

SETELAH menggelar bekas setiausaha Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'anak dara yang kurang...

Trauma Tidak Halang Azlan Jayakan Konsert Nova

PETALING JAYA – Panyanyi Azlan & The Typewriter berkata masalah yang berlaku pada sebuah konsert disertainya pada tahun lalu bukan alasan untuk dia berasa serik menerima tawaran lain.

Buktinya kata Azlan, dia akhirnya menerima pelawaan menjayakan Konsert NOVA yang turut menggabungkan penyanyi popular Malaysia dan Indonesia seperti Dayang Nurfaizah, Judika dan Cakra Khan di Stadium Melawati Shah Alam, Ogos depan.

“Serik itu tidak tetapi rasa trauma dengan apa yang berlaku tetap ada dan saya tahu risiko sebegini akan tetap ada, cuma apa yang boleh saya katakan pengalaman lepas banyak mengajar,ā€ katanya kepada mStar Online.

Azlan, 35, ditemui pada majlis pelancaran & sidang media Konsert Nova 2017 & Digital Platform di Hotel Royal Bintang, The Curve Damansara, di sini, pada Selasa.

Trauma Tidak Halang Azlan Jayakan Konsert Nova
Azlan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media sempena penganjuran Konsert Nova.

Dalam pada itu kata Azlan atau Nor Azlan Rosle ini lagi, syarikatnya ‘Segitiga Asia’ terlibat dalam usaha sama menerusi Konsert NOVA ini.

“Saya menerima tawaran untuk sama-sama terlibat menjayakan konsert ini bukan soal bayaran semata-mata tetapi memikirkan sesuatu untuk industri muzik tempatan yang saya lihat agak perlahan pada tahun ini.

“Bila sudah melibatkan artis serantau seperti dari Indonesia, saya harap semuanya akan berjalan lancar tanpa berlakunya kejadian sama berulang,ā€ katanya.


Konsert NOVA dianjurkan oleh Suasana Enak Sdn. Bhd. dengan kerjasama Winning Matters Sdn. Bhd.

Ia diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke 60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Konsert NOVA akan menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

Tiket-tiket akan dijual dari serendah RM100 sehingga RM400 yang akan diumumkan kemudian. – mStar Online

Kategori