Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Oppo R5: Telefon Pintar...

Oppo R5 telah diperkenalkan pada bulan lepas, dan hari ini Oppo Malaysia secara...

Vape Sah Diharamkan Di...

BERIKUTAN titah perintah dikeluarkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang...

Gangguan Frekuensi Punca Pegawai...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari menjelaskan kehadiran pegawainya di...

Misi UMNO Kuasai Semula...

JOHOR BAHRU - Misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui Barisan Nasional (BN)...

Tutup Kedutaan Hanya Bantut Usaha Selesai Isu Rohingya

KUALA LUMPUR – Cadangan menutup Kedutaan Malaysia di Myanmar bagi membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya hanya akan membantutkan usaha negara dalam mencari penyelesaian isu berkenaan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sekiranya langkah itu diambil, ia akan menghalang Malaysia daripada mendapatkan serta mengesahkan kesahihan maklumat mengenai isu Rohingya di Myanmar.

“Sebaliknya, Malaysia perlu terus mengekalkan hubungan dua hala yang konstruktif dengan Myanmar sejajar dengan semangat solidariti ASEAN agar satu penyelesaian lebih tuntas kepada isu Rohingya dapat dicapai,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang ingin tahu mengapa kerajaan enggan mengarahkan Kedutaan Malaysia di Myanmar ditutup bagi membantah kekejaman terhadap rakyat Rohingya di negara itu.

Reezal berkata perbincangan secara konstruktif dan konsisten akan terus diadakan dengan kerajaan Myanmar di pelbagai peringkat termasuk di peringkat pegawai kanan kerajaan, Menteri Luar dan pemimpin kedua-dua kerajaan.


Katanya Malaysia berpendapat kerajaan Myanmar, di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi, harus diberi peluang mengambil langkah proaktif seperti disarankan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

“Terkini, pada 15 Feb lalu kerajaan Myanmar mengumumkan operasi keselamatan di utara Rakhine yang bermula sejak kejadian serangan pada 9 Okt tahun lalu telah dihentikan.

“Situasi keselamatan di utara Rakhine telah stabil dan berikutan itu, perintah berkurung juga telah dilonggarkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori