Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usia 33 Tahun, Nikko...

SEEKOR monyet salji atau The Japanese Macaque diangkat sebagai monyet tertua di rantau...

Vui Keong Masih Tak...

SANDAKAN - "Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti...

Cacing 2 Meter ‘Berumah’...

SEORANG lelaki berusia 48 tahun dari Kerala, India mendakwa dirinya berasa lesu dan...

Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi...

KUALA LUMPUR - “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan...

Ugutan Jenayah: Pemandu Teksi Didenda RM500

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi didenda RM500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah parang terhadap seorang lelaki, pada Februari lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azmal Mohd Azmi, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah parang ke atas Muzammil Zainal, 43, dengan tujuan untuk menakutkan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Surau An-Nur, Jalan Horley, Dang Wangi, di sini pada 19 Feb lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu supaya dikenakan denda yang minimum kerana dia perlu menanggung keluarga dan menghidap penyakit jantung berlubang.

“Saya memohon supaya mahkamah mengenakan denda RM200 kerana saya hanya ada RM300 sahaja untuk membayar denda. Lebihan wang itu saya nak belanja anak-anak…dengan kos hidup tinggi saya tidak mampu membayar denda yang lebih tinggi.


“Saya juga sudah benar-benar insaf dan saya ingin hidup bersama keluarga saya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – BERNAMA

Kategori