Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harap ‘Jaminan Orang Muda’...

SEREMBAN - Belia di Negeri Sembilan berharap manifesto Barisan Nasional (BN) untuk mereka,...

Korban Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kematian koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 170,000 pada hari...

Jom Bantu Akak Ni...

MINGGU hadapan sekolah akan dibuka dan buat golongan ibu bapa, minggu inilah saat-saat...

RUU Kualiti Alam Sekitar...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 untuk meningkatkan penalti...

Ujian DNA Menerusi Padanan Rekod Kesihatan, Pergigian

GEORGE TOWN – Ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) Kim Jong-nam boleh dijalankan menerusi padanan rekod kesihatan atau pergigian lelaki itu sekiranya gagal memperoleh DNA daripada keluarganya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini masih belum ada sebarang kemajuan berhubung proses padanan DNA lelaki itu dan pihaknya masih menunggu tindakan selanjutnya daripada polis.

“Kami masih menunggu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk membawa anggota keluarga lelaki itu. Memang sebelum ini pun dalam kes yang lain, kami berjaya kenal pasti menerusi sejarah perubatan mayat iaitu rekod kesihatan atau pergigian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas dakwaan waris terdekat Jong-nam dilapor sudah melarikan diri dari kediaman mereka, sejurus menerima laporan pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

Terdahulu, Dr Hilmi melancarkan Penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata proses untuk menjalankan padanan itu tidak mengambil masa yang lama kerana kementerian mempunyai peralatan dan teknologi yang canggih serta kepakaran pakar forensik untuk menjalankan proses tersebut.

Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, dibunuh ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), pada 13 Feb lepas.


Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata kementerian mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi memastikan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dapat dibendung termasuk mempertingkatkan pendidikan kesihatan, memberi taklimat kepada orang ramai dan membuat pemantauan di tadika dan taska.

Katanya ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap perkembangan HFMD serta mendapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda dijangkiti penyakit berkenaan kerana penyakit itu sentiasa ada dalam masyarakat.

“Di negara kita beribu-ribu kes itu direkodkan setiap bulan dan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan ia tidak terus menular,” katanya.

Majoriti kes HFMD disebabkan virus jenis Coxsackie Virus A16 dan Entrovirus 71 yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.

Penyakit itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dalam kalangan kanak-kanak terutama di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika. – BERNAMA

Kategori