Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jenazah Duta Selamat Dikebumi...

MUAR - Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd...

Paip Pecah Punca Gangguan...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Jalan Ipoh mengalami gangguan bekalan air sementara,...

ECRL: Mahathir Kata Keputusan...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel...

Agong Akan Tentukan PM...

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah...

UMNO Terengganu Laksana Simulasi PRU14 April Ini

KUALA TERENGGANU – UMNO Terengganu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata satu simulasi pilihan raya akan diadakan bagi menguji kesediaan jentera UMNO menghadapi PRU14 pada penghujung April ini.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata simulasi tersebut juga akan diadakan secara berkala sehingga tarikh pilihan raya diumumkan.

“Menerusi gerak kerja dan strategi yang tersusun serta Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diadakan baru-baru ini, kita yakin jentera pilihan raya kita bersedia menunggu gendang perang dibunyikan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Peringkat Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong, Anggota Parlimen Besut merangkap Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh dan barisan kepimpinan UMNO Negeri.


Pada majlis itu, PDM Pulau Bahagia di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dinobatkan sebagai johan pertandingan itu, diikuti PDM Pelong (DUN Langkap) dan tempat ketiga PDM Seberang Takir Pantai (DUN Seberang Takir).

Ahmad Razif dalam pada itu berkata seluruh kepimpinan UMNO Negeri akan berganding bahu dalam usaha memperkasakan tiga prinsip bagi memastikan rakyat Terenggganu terus memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 iaitu pekerjaan, perumahan dan pendapatan.

“Marilah bersama saya dan kepimpinan UMNO mencipta ‘cerita kejayaan’ dengan prinsip 3P ini bagi mengulangi sejarah kemenangan UMNO dahulu, sekali gus memastikan kesemua DUN dan Parlimen Terengganu kembali ke tangan BN,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori