Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Himpunan 355 Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam...

Ahmad Zahid Hadiri Program...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri...

PRU14: DAP, PH Bimbang...

DALAM isu 1MDB, hakikatnya DAP dan pengkritik sudah kehabisan modal untuk menyerang dan...

Selangor Terus Tenat

SHAH ALAM - Tabah berdiri dan perlu beratur berjam-jam lamanya dalam cuaca panas...

UNIK… Bapa Nama ‘Proton Saga’, Anak Nama ‘Viva’

NAMA ‘Proton Saga’ mungkin kedengaran agak lucu, namun bagi seorang bapa yang tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak, Perak, dia berbangga.

Apa tidaknya apabila lelaki itu dapat menamakan anaknya sempena nama model kereta nasional pertama negara.

Menurut Kelambu Jambi, 54, pemberian nama itu dicadangan seorang anggota polis yang ditemui pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak sulung lelakinya, 33 tahun lalu.

Dakwanya, ketika itu dia tidak punyai idea untuk menamakan anaknya memandangkan tidak tahu menulis dan membaca.

“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.

“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.

“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya.

“Masa mula-mula dengar memanglah macam janggal, tapi lama-lama dah biasa.

“Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga,” katanya kepada Sinar Harian.

Pun begitu, hanya anak sulungnya sahaja mempunyai nama unik, sementara anaknya enam yang lain menggunakan nama biasa, antaranya Arman, Hasimah dan Ahmad.

Proton Saga dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.

Sementara itu, Proton Saga memberitahu dia langsung tidak pernah berasa malu memiliki nama tersebut yang bersempena dengan nama kereta berkenaan.


Malah, kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya.

“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.

“Cuma di sini, orang kampung lebih senang panggil saya Alor, tapi mereka tahu nama sebenar saya dan terima saja nama tu,” katanya.

Apa yang lebih menarik, Proton Saga rupa-rupanya turut menamakan anaknya sempena nama kereta, iaitu Viva.

Jelasnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah setelah dua bulan model keluaran Perodua itu dikeluarkan.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi (jururawat) datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.

Pada masa sama, dia akui turut tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga.

Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan.

Kategori