Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bakal Timang Anak Kedua,...

PASANGAN Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menerima cahaya mata kedua mereka pada...

Pelajar Pusat Kemahiran Maut...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar sebuah pusat latihan kemahiran maut apabila motosikal ditunggangnya...

Dhabitah Tak Patah Semangat...

KUALA LUMPUR — Prestasi hambar di Kejohanan Terjun Siri Dunia pada musim ini...

LGBT: Himpunan Jangan Dipandang...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat prihatin dengan situasi hari ini di mana...

Universiti Awam Mampu Tingkatkan Penguasaan BI

KUALA TERENGGANU – Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Terengganu boleh ditingkatkan lagi dengan jalinan kerjasama Universiti Awam di sekitar negeri ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong berkata melalui kemahiran dan kepakaran dimiliki warga universiti awam ini, mereka boleh berkongsi maklumat dan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran rakyat Terengganu menggunakan bahasa utama dunia itu.

“Contohnya hari ini, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris yang
melibatkan 120 penyertaan dari seluruh dunia termasuk peserta dari India, Pakistan, Oman dan Jordan.

Pastinya persidangan ini dapat menemui banyak kaedah terbaik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman semua penceramah dan ia akan dapat dimanfaatkan untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah Bahasa Inggeris untuk rakyat Terengganu terutama golongan mahasiswa dan pelajar agar mereka mampu berkomunikasi dengan lebih baik menggunakan bahasa itu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu yang berlangsung selama dua hari di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd Zubir berkata kerajaan negeri juga berharap universiti awam di Terengganu akan lebih banyak menerbitkan bahan bacaan Bahasa Inggeris yang lebih ringan dan santai untuk menarik minat masyarakat menggunakan bahasa itu secara mudah dan menyeronokkan.

“Pada dasarnya penguasaan Bahasa Inggeris untuk membaca dan menulis di kalangan mahasiswa dan pelajar Terengganu adalah baik namun mereka agak sukar bertutur dengan lancar menggunakan bahasa tersebut.

Inilah peranan yang perlu dimainkan dengan lebih berkesan oleh universiti awam dan kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usaha mereka untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori