Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bila Minah Rempit Pakai...

AMBOI...kalau tengok pemakaian pasangan ini, dah cukup elok dengan baju Melayu dan baju...

Turki Perkenal Senjata Baharu...

TURKI menunjukkan lagi kemajuan teknologi pertahanannya dengan memperkenalkan dron terbaharu yang digelar "dron...

APMM Lakukan Penerbangan Ihsan...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa...

KPDNHEP Tolak Dakwaan Kempen...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menolak...

UM Berada Di Ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya telah disenaraikan dalam ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 oleh Times Higher Education (THE).

THE dalam satu kenyataan hari ini berkata, Universiti Malaya, entri baharu dalam senarai berada di kedudukan ke-59, diikuti oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di tangga 120 teratas.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 121-130.

Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas menduduki ranking 141-150, Universiti Sains Malaysia (ranking 151-160) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (ranking 161-170).

Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia berada di kedudukan 251+.

Editor ranking THE, Phil Baty berkata ia merupakan berita baik bahawa Malaysia mempunyai lebih dua kali representasinya dalam ranking universiti terbaik Asia tahun ini dengan menduduki tangga kesembilan dalam senarai 300 universiti terbaik, naik daripada empat tangga tahun lepas.


“Secara keseluruhan, ranking 300 universiti terbaik di Asia membuktikan betapa pendidikan tinggi yang dinamik, pelbagai dan berdaya saing di benua ini. Malaysia ialah komponen penting dalam pembangunan itu tetapi perlu memastikan ia tidak ketinggalan di belakang,” katanya.

Ranking Universiti Dunia THE adalah satu-satunya carta pencapaian global yang menilai universiti penyelidikan intensif meliputi pengajaran, penyelidikan, pemindahan ilmu dan tinjauan antarabangsa. – BERNAMA

Kategori