Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pengurusan UM Jangan Cuba...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mendakwa pengurusan universiti itu cuba...

Dewan Rakyat Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen mencipta rekod baharu pada Khamis...

Negeri Sembilan Pula Catat...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara...

Pilot Kena Serangan Jantung...

EDINBURGH - Juruterbang syarikat penerbangan Belanda, KLM, mengalami serangan jantung ketika mengemudikan kapal...

Usikan Manja, Rahsia Bahagia Johan Dan Ozlyn

PASANGAN suami isteri ini memang tidak lekang dengan pelbagai cerita moment manis dan lucu dikongsi di laman Instagram (IG) mereka.

Kemesraan yang sering ditunjukkan oleh Johan Raja Lawak dan isterinya; Ozlyn Wati, pasti membibitkan rasa cemburu dalam hati segelintir pasangan yang sudah berkahwin.

Jika terdahulu Ozlyn pernah berkongsi kisah malam pertamanya dengan Johan yang pasti ramai tidak tahu.

Baca: Ozlyn Kongsi Kisah Malam Pertama Bersama Johan Di IG

Kini wanita ini tampil berkongsi nasihat untuk kaum Adam yang bergelar suami dalam mengharmonikan rumah tangga.

Usikan Manja, Rahsia Bahagia Johan Dan Ozlyn

“Memula text nak belikan nasik lemak jek.. pastu melalut ke lain orang tua nih… gaduh?? Uishhh ada.. dah nama laki bini.. sedangkan lidah sendiri boleh tergigit apatah lagi lidah asing2.. Tapi shuben aku ada cara dia nak memujuk.. gaduh x lama.. kitaorang panggil “satu waktu” ja..

“Pastu baik balik.. weh isteri mane x seronok kalau laki tetibe dok mesej nyakat2 romantik.. betul.. Buat kaum Adam jangan penah putuskan gaya masa bercinta tuh walaupon bini ko dah beranak pinak.. baru la isteri ko rasa semangat.. semangat nak masak memacam untuk ko..


“Berdandan untuk ko.. ah apa saja la untuk ko yang bernama “suami” .. sebab isteri terasa yang suami masih bernafsu kat dia.. cer korang buat derk jek.. balik pon tak bagi salam.. masok rumah pon terus campak barang.. masok bilik n main fon..

“Isteri ko pon makin runsing n makin serabai sebab terasa diri terabai.. cer bagi semangat sikit kat isteri.. penat ye jadi surirumah, sama ada bekerja atau sepenuh masa kat umah.. jangan pandang remeh…

“Jadi sesekali hiburkan lah isteri korang dengan usikan manja untuk kembalikan semangat macam zaman bercinta dulu ok.. dah mama nak bersiap.. papa ko dah nak balik tuh?” tulisnya.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang berstatus suami, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah cari sisi romantik anda yang telah lama ditinggalkan dan suburkan ia kembali supaya rumah tangga kekal harmoni.

Semoga perkongsian Ozlyn ini bermanfaat untuk anda. Selamat mempraktikkannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori