Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pistol, Senjata Api Tiruan...

KUALA LUMPUR – Polis menemui sepucuk pistol dan tujuh laras senjata api dipercayai...

Menyentuh Hati, Luahan Anak...

"MAK, doa kami sentiasa bersama mak, kerinduan kami sentiasa diiringi doa buatmu mak....

Nurul Izzah Minta JPP...

BUKIT MERTAJAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat...

Pertingkat Keupayaan Dan Keberkesanan...

MELAKA - Keupayaan dan keberkesanan institusi kehakiman Mahkamah Syariah termasuk akta dan mahkamah...

Velodrom Nasional Di Nilai Siap Bulan Depan

PUTRAJAYA – Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan akan siap sepenuhnya bulan depan bagi penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata venue acara berbasikal itu merupakan yang pertama akan siap sepenuhnya manakala venua lain akan dipersiapkan mengikut jadual.

“Semua persiapan venue berjalan lancar dan tidak menghadapi kelewatan,” kata kepada pemberita selepas merasmikan program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Persint 8 (1) Putrajaya, di sini, hari ini.

Velodrom Nasional Nilai, yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta, dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dalam pada itu, Khairy berkata program KL2017@Sekolah adalah bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsungdari 19 hingga 31 Ogos ini dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 Sept ini.


Beliau berharap semua pelajar sekolah, guru dan ibu bapa di sekitar Kuala Lumpur dapat menyemarakkan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN kali ini dengan memberikan sokongan kepada kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan sukan dwitahunan itu.

Khairy berkata beliau mahu Kuala Lumpur menjadi negara pertama di Asia Tenggara menerapkan elemen hijau dalam kedua-dua temasya sukan tersebut.

“Saya mahu Kuala Lumpur bukan sahaja menganjur Sukan SEA yang terbaik dan muncul sebagai juara keseluruhan tetapi kita menjaga alam sekitar dan menjadikan Sukan SEA yang pertama mengamalkan konsep kehijauan.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mencapai kejayaan dalam pendidikan dan sukan tetapi komited terhadap kelestarian alam sekitar,”katanya.- BERNAMA

Kategori