Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bincang Bawa Pulang Jet...

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk...

Kisah Sebenar ‘Suami Saman...

JIKA ada yang masih ingat, beberapa tahun lalu heboh cerita mengenai seorang suami...

Ramai Tampil Cerita Kisah...

Sudah banyak ditulis tentang keluarga bekas datin dan permintaan serta helah melampaunya dalam...

Pemandu Teksi ‘Cekik Darah’,...

JIKA sebelum ini banyak kes membabitkan pemandu kereta Uber dan GrabCar tetapi kali...

Video: Bayi Henti Menangis Lepas Cium Baju Busuk Ibu

SATU momen yang comel apabila seorang bayi lelaki yang sedang meraung secara tiba-tiba berhenti menangis setelah diberikan baju busuk ibunya untuk dicium.

Video yang dirakam pada awal bulan ini di sebuah daerah di San Francisco, Amerika Syarikat itu menunjukkan bayi berusia tiga bulan berkenaan terus tenang, malah memeluk erat baju ibunya sambil tersenyum.

“Satu hari, saya sedang menjaga dia ketika ibunya bertugas dan pada ketika itu dia menjadi sangat cerewet,” tulis bapa bayi berkenaan dipetik laporannya oleh Daily Mail.

Menurutnya, tindakan tersebut merupakan cetusan idea daripada salah seorang rakannya di tempat kerja.


“Seorang rakan memberi cadangan kepada saya supaya meletakkan baju yang telah dipakai ibunya di atas muka, supaya dia boleh bertenang.

“Saya langsung tidak percayai ia berkesan! Saya harap video ini dikongsi supaya dapat bantu bapa lain apabila berada dalam keadaan sama” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori