Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sesi Telesidang Bersama Sirul...

SESI telesidang media yang dikatakan akan diadakan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas...

Kerajaan Kaji Kesan Jerebu...

SERDANG - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap industri pertanian negara terutamanya tanaman,...

2 Kematian COVID-19 Dalam...

PUTRAJAYA - Sejumlah 105 kes kematian dilaporkan semalam termasuk kes tertunggak menjadikan jumlah...

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai...

GOLD COAST – Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam ini,...

Video Tular Trump Kagumi Kaabah Sah Palsu

RIYADH – Rakaman video memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump konon begitu mengagumi Kaabah di Masjidil Haram, Makkah dekat sini rupa-rupanya adalah palsu.

Pendedahan tersebut disiarkan beberapa akhbar tempatan pada Rabu secara kebetulan ketika pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud meninggalkan Malaysia untuk melawat pula negara jirannya, Indonesia.

Video berdurasi selama 28 saat itu mulanya disiarkan stesen penyiaran terkenal AS iaitu ABC baru-baru ini yang memaparkan Trump terpegun melihat suasana umat Islam tekun bertawaf mengelilingi Kaabah pada waktu siang.

Tidak dipastikan apakah sebab klip tersebut disiarkan, namun ada menyifatkan ia susulan kemarahan masyarakat antarabangsa berhubung sekatan perjalanan terhadap rakyat tujuh negara Islam yang diarahkan Trump sebelum ini.

Rakaman tersebut kemudian menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di negara-negara Islam terutama Arab Saudi, lokasi terletaknya kiblat umat Islam di Tanah Suci setelah dibina Nabi Ibrahim AS ribuan tahun lalu.


Namun, tinjauan media Arab Saudi mendapati ia sebenarnya telah diubah suai daripada versi asalnya menunjukkan Trump melihat gambar memaparkan suasana ketika majlis angkat sumpah jawatan dirinya pada 20 Januari lalu.

Trump dalam video sebenar dilaporkan teruja menyaksikan gambar itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘lautan cinta’ apabila diberitahu ramai penyokongnya datang ke majlis tersebut dari seluruh negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Donald Trump on Kaaba oleh Stryker13799

Kategori