KUALA LUMPUR – Mengharapkan kaum wanita untuk terus berkhidmat kepada kaum lelaki pada zaman sekarang merupakan pemikiran satu pemikiran yang kolot.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, pemikiran yang lama itu berunsur patriarki dan kebelakang kerana zaman telah berubah.
“Sekarang adalah masa untuk perubahan. Pemikiran yang masih lama, berunsur patriarki dan kebelakang.
“Membawa kepada generasi kanak-kanak lelaki yang akan turut berfikiran kolot dan mengharapkan wanita untuk terus berkhidmat kepada lelaki di zaman sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zuraida dalam pada itu melenting tidak tentu pasal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berubung sasaran Transformasi 2050 untuk golongan wanita.
Menurut beliau, semua harapan untuk wanita seharusnya dicapai pada hari ini dan bukan untuk tempoh 33 tahun akan datang.
Dakwanya, Wanita PKR berjuang untuk hak-hak wanita saban hari dan berharap agar kesaksamaan gender dapat dicapai dan difahami.
“Perubahan harus dilakukan sekarang, bukan dengan mengambil tempoh 33 tahun lamanya untuk berubah,” katanya.
Reaksi beliau itu bagaimanapun sangat memalukan kerana apa yang disasarkan untuk pembangunan golongan wanita dalam Transformasi 2050 merupakan langkah jangka masa panjang.
Walhal dalam era ini golongan wanita Malaysia dibawah pentabdiran kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat pengikitaran yang hebat dalam pelbagai aspek termasuk perlindungan yang sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC