Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Restoran Nasi Kandar Line...

JIKA ke Pulau Pinang, kunjungan pastinya kurang lengkap jika tidak datang ke restoran Nasi Kandar...

Kenyataan Pengerusi ASEAN Akan...

PUTRAJAYA - Kenyataan Pengerusi ASEAN Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 akan menggariskan...

Pengutip Besi Buruk &...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kepingan besi di tapak pembinaan, sepasang suami isteri...

63,000 Pelajar Mohon Sertai...

GENTING HIGHLANDS - Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) telah berjaya menarik...

Wanita Cedera Ditetak Suami Di Kuantan

KUANTAN – Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau oleh suaminya yang berang dalam satu kejadian di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 28 tahun itu melarikan diri sejurus selepas kejadian manakala isterinya yang berusia 29 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu mangsa membuat laporan polis pada Isnin. Polis menggiatkan usaha untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berang dengan mangsa yang enggan mengikut permintaannya untuk tinggal berasingan daripada keluarganya.


Abdul Aziz berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda dan sebat, mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori