GANASNYA…seorang wanita telah membunuh kekasihnya dengan memaksa lelaki itu minum peluntur selepas mereka bertengkar.
Ketka itu, Yasmine Elder, 24, dan kekasihnya, Darrius Ellis, 26, berada di dalam sebuah van yang diletakkan di sebuah kawasan di Chicago.
Selepas bertengkar, dia kemudiannya memaksa Ellis baring sebelum menuangkan peluntur ke dalam mulut lelaki itu.
Ellis ditemui terbaring di kawasan berkenaan dan dikejarkan ke hospital untuk membolehkan bahan kimia berkenaan disedut namun dia meninggal dunia akibat komplikasi.
Menurut pakar, menelan peluntur tidak akan membunuhnya namun apabila tertelan terlalu banyak bahan berkenaan, maka ia menyebabkan maut.
Susulan itu, Yasmine telah ditangkap. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun. Ellis berkerja sebagai tukang kimpal dan merupakan graduan Kolej Kennedy-King. – MYNEWSHUB.CC