Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

597 Murid Dibenar Pulang,...

ALOR SETAR – Seramai 597 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang di sini dibenarkan...

Alat Komunikasi Rosak, Minyak...

KUANTAN - Kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak merupakan antara punca awal...

Misi Cari MH370 Disambung...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan China dan Australia bagi mengkaji...

AS Tiada Hak Ganggu...

PENULIS bertanya: Mengapakah akhbar-akhbar Amerika Syarikat (AS) terus menerbitkan artikel fitnah terhadap Perdana Menteri,...

Wanita Mengandung Digilis, Bayi Terkeluar Dari Rahim

TRAGIS! Itu perkataan yang boleh dikatakan bagi menggambarkan betapa tragiknya kematian seorang wanita yang sarat mengandung di Saraburi, Thailand, baru-baru ini.

Dalam kejadian dua hari lalu wanita yang sedang sarat mengandung lapan bulan itu menunggang motosikal bersama suaminya sebelum mereka digilis sebuah lori.

Akibat gilisan itu, wanita itu maut serta merta di tempat kejadian dan tubuh badannya dilaporkan hancur dari bahagian kepala hingga ke bahagian pinggang.

Malah, janin bayi yang dikandungnya juga turut tercampak keluar dari rahimnya sejauh lima meter.

Wanita Mengandung Digilis, Bayi Terkeluar Dari Rahim

Wanita Mengandung Digilis, Bayi Terkeluar Dari Rahim


Memetik E-Berita, suaminya yang cedera parah di bahagian kaki dan dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Pemandu lori berusia 50 tahun itu kemudiannya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Dalam soal siasat, suspek, Wang Qing berkata motor mangsa terjatuh dan masuk ke bawah tayar lori bahagian belakang menyebabkannya dia tidak perasan telah menggilis pasangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori