Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

24,466 Kes Baharu Covid-19

Kuala Lumpur : Sebanyak 24,466 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini semalam,...

Gempar NGO Asing Beri...

SEJAK beberapa hari lepas gempar di media sosial sedutan rakaman forum di Washington...

BERSIH 2.0 Berang ‘Tokoh’...

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis Indonesia yang pernah terlibat dalam demontrasi jalanan menumbangkan...

Akui Dikasari Pelakon Lelaki,...

BARU-baru ini terdapat desas-desus menyatakan wajah pengacara program HLive, Shenty Feliziana dipenuhi kesan...

Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Puntung Rokok

JAKARTA – Seorang wanita Indonesia hampir buta sebelah mata apabila terkena puntung rokok yang dibuang merata-rata oleh penunggang motosikal yang tidak dikenali.

Dalam kejadian Selasa lalu di daerah Yogyakarta, Wilayah Jawa Barat, mangsa yang dikenali sebagai Noor Lutfia atau Fia tidak menyangka kejadian ngeri itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kulon Progo.

Menceritakan semula kejadian, dia yang baru sahaja tamat kelas petang pada mulanya membonceng seperti biasa sehinggalah bertemu dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil menghisap rokok.

Tanpa sebarang amaran, lelaki itu membuang puntung rokok yang dihisap itu dan kemudiannya tanpa sengaja telah terkena pada bahagian mata mangsa.

Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Puntung Rokok

Perkara itu membuatkan Fia terus berhenti dan cuba mengosok-gosokkan matanya namun tindakan tersebut menyebabkan matanya menjadi semakin pedih.

Gadis terbabit lantas menghubungi keluarganya dan kemudian dia terus dikejarkan ke sebuah hospital akibat keadaan matanya yang semakin ‘merah’.

Menurut laporan Tribunnews, pihak hospital mengatakan Fia bernasib baik kerana api puntung rokok itu tidak tepat mengenai anak matanya dan hanya terkena pada bahagian kulit luar sahaja.


“Saya tidak dapat bayangkan sekiranya bagaimana jika putung rokok itu tepat mengenai matanya, kerana ia boleh menyebabkan buta,” kata seorang jurucakap hospital.

Keluarganya begitu bersyukur disebabkan kejadian yang menimpa Fia itu tidak mengakibatkan kecederaan yang terlalu teruk.

“Alhamdulillah, syukur adik saya tidak mengalami kecederaan yang serius. Mungkin Tuhan ingin membantunya kerana dia baru habis kelas petang,” kata abang mangsa, Chandra Candrua.

Kisah gadis ini telah mendapat pelbagai reaksi dan menjadi perbincangan ramai natizen khususnya di media Indonesia.

Sesetengah dari mereka juga pernah mengalami hal yang sama dan tidak menafikan ramai pengguna motosikal yang menghisap rokok tanpa mementingkan keselamatan orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori