Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: Nik Abduh, Che...

KOTA BHARU : Landskap politik di Kelantan semakin menarik menjelang hari penamaan calon...

Fasa 2 Program UMNO...

SANDAKAN - Fasa dua Program UMNO Bantu Rakyat dilaksanakan secara tersusun dan mencapai...

MIC Ziarah Bomba Kritikal...

TEGAS... MIC kutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas perusuh biadab serang pasukan bomba ketika mereka...

Hukuman Setimpal Untuk Pemandu...

KUALA LUMPUR - Hukuman yang lebih setimpal berkemungkinan menanti mana-mana individu sekiranya melakukan...

Wanita Warga Asing Selamba Jalan Berbogel

PETALING JAYA – Seorang wanita warga Vietnam ditahan selepas ditemui berjalan dalam keadaan berbogel di sekitar Taman Universiti Garden, di sini, Jumaat lalu.

Wanita yang berusia 30 tahun itu dipercayai berjalan tanpa seurat benang kira-kira pukul 1.10 tengah hari nyata mengejutkan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, wanita yang dikenali sebagai Fun Hau dibawa ke Balai Sungai Way oleh seorang daripada anggota bertugas sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tindakan selanjutnya.

Wanita Warga Asing Selamba Jalan Berbogel

“Pemeriksaan mendapati wanita berkenaan tidak dokumen perjalanan atau pasport,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, video wanita berkenaan yang berjalan dalam keadaan bogel menjadi tular dan dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam video berdurasi 45 saat itu memaparkan gelagat wanita tersebut berjalan tanpa memakai selipar di kedai sekitar jalan Taman Universiti Garden.


Sekumpulan lelaki yang bekerja di bengkel kereta mendengar wanita berkenaan berkata dia gila dan sudah berjalan beberapa kali dalam bahasa Kantonis.

Difahamkan, orang ramai tampil membantu wanita berkenaan dengan memberikannya selimut untuk menutup bahagian badannya sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

*Video sekadar hiasan.

Kategori