Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kalau Betul Azian Sindir,...

PENTAS separuh akhir program realiti Gegar Vaganza (GV2) pada Ahad lalu, menyaksikan penyanyi Azian Mazwan...

Mangsa Zalim 9 Projek...

IBARAT sendiri bangga umum, kemudian sendiri umum batal! Mungkin inilah lawak paling hebat...

Rampas Sarang Burung Walet...

Sepang : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 150 kilogram (kg)...

PST Perkasa Khidmat Kaunseling...

KUANTAN - Keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ketika krisis atau bencana diperkasakan dengan...

Warga Emas Dilaporkan Hilang Ditemui Lemas

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada 28 Feb lalu ditemui lemas di Sungai Jementah Batu 6, Jalan Segamat-Muar, Segamat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata mangsa Mohd Yusop Omar, 66, dipercayai keluar menjala ikan di sungai itu seorang diri menggunakan sampan kolek miliknya dan dipercayai terjatuh ketika memasang jaring ikan.

Mayat mangsa ditemui pada pukul 11.45 pagi tadi oleh pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat dan Muar, kira-kira 3 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa mengenaikehilangan suaminya pada awal pagi Selasa lalu.

“Isteri mangsa berasa tidak sedap hati setelah suaminya tidak pulang ke rumah. Menurutnya, kebiasaannya mangsa keluar menjala ikan pada pukul 7 pagi dan pulang ke rumah sejam kemudian,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd Aizad, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang bermula pada hari yang sama telah menemui motosikal mangsa yang diletakkan berhampiran kawasan sungai selain menjumpai beg mangsa sedang terapung.


Operasi SAR turut dibantu anggota penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Rengit dan Bukit Gambir, selain tiga buah bot dari bomba, Balai Polis Segamat dan Angkatan Pertahanan Awam.

Turut membantu Unit Pengesan K9 terdiri daripada empat anggota bersama dua ekor ekor anjing pengesan, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Tambahnya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mengambil masa yang lama berikutan cuaca yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari ini.

Mohd Aizad berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Segamat. – BERNAMA

Kategori