Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Muat Naik Status...

KISAH seorang penunggang motosikal yang maut akibat merempuh tiang elektrik berdekatan Kampung Nelayan,...

Mayat Mangsa Bot Karam...

GEORGE TOWN - Mayat Rosmin Selamat, 62, yang lemas dalam kejadian bot karam...

Kerajaan Stabil Rakyat Selamat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menegaskan Malaysia masih belum bersedia untuk...

Banjir: Penduduk Belum Sedia...

BENTONG: Penduduk Kampung Baru Sungai Perdak di sini, masih belum bersedia untuk pulang...

Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa…

SABAK BERNAM – Seorang warga emas maut dihempap pokok kelapa ketika menunggang basikal di Jalan Haji Sabri Sungai Tengah, Kampung Sungai Tengar, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Abdul Latif Md Nor, 58, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut sepupu mangsa, Mustafa Hajiri, 58, lokasi kejadian merupakan tapak bekas rumah lama arwah yang dirobohkan sebelum dijadikan kawasan kebun kelapa.

Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa...

Arwah dilahirkan di situ dan akhirnya dia meninggal dunia di tapak bekas rumah lamanya.

Tak sangka, pokok kelapa berusia puluhan tahun itu meragut nyawa arwah,” katanya memetik Sinar Harian.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 12.49 tengah hari.

Kejadian itu mungkin berlaku disebabkan angin kencang sekitar 12 tengah hari tadi…mangsa ketika itu sedang malalui kawasan berkenaan sebelum sebatang pokok kelapa tumbang lalu manghempapnya.

Bomba terpaksa memotong pokok kelapa berkenaan bagi mengalihkan badan mangsa,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori