Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ā€œMana Duit Raya Peneroka...

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian...

Tawaran Menarik Pullman Putrajaya...

PUTRAJAYA - SempenaĀ ulang tahun kemerdekaan ke-60Ā negara bulan depan,Ā Ā Pullman PutrajayaĀ Lakeside menawarkan promosi menarikĀ pada kadarĀ RM60Ā merangkumi...

Wajar Ketua Sindiket Warga...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya...

Trump Kecam Bekas Pengarah...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump sekali lagi mengecam James Comey menerusi Twitter semalam,...

Warga Emas Maut Dirempuh Dan Diseret Dua Meter

TAIPING – Seorang pekerja pembersihan warga emas maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh dua meter di Jalan Taiping-Kamunting dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu mangsa yang maut dikenali sebagai Hasimah Chin, 60, dari Kampung Jana Sambungan, Kamunting.

Katanya kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Myvi yang dipandu Raja Zainah Raja Aznir Shah, 52, dari arah Taiping memasuki kawasan premis perniagaan di jalan tersebut untuk urusan peribadi.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu Myvi dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh motosikal mangsa yang secara kebetulan berada di kawasan berhampiran.

“Akibat panik, pemandu tertekan minyak lalu mengheret mangsa hingga ke depan Klinik Ananda dan merempuh sebuah lagi motosikal yang diletakkan di hadapan klinik itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harrith Kam berkata akibat kemalangan itu, warga emas berkenaan maut di lokasi kerana kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, seorang guru tahfiz maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 248.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Kuala Kangsar kira-kira pukul 4.20 pagi tadi.


Muhammad Shafiq Abdul Rashid @ Mohd Fazli, 19, berasal dari Jasin, Melaka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut jurucakap polis kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua dinaiki mangsa yang dipandu Muhammad Azlanuddin Mohd Kalit, 24, dari Kedah ke Melaka hilang kawalan dipercayai mengantuk sebelum melanggar belakang sebuah treler yang membawa barangan elektronik di lorong kiri.

“Susulan perlanggaran itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai dari lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kiri Perodua tersebut,” katanya.

Kemalangan menyebabkan Muhammad Azlanuddin dan seorang lagi penumpang Perodua cedera ringan, manakala pemandu lori serta treler tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Kategori