Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ingatkan Mayat, Rupanya Orang...

PENDUDUK di Desa Manguranranan Kabupaten Kebumen Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini digemparkan dengan penemuan satu 'mayat'...

Harapan Rakyat Kini Makin...

SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan...

Warga Emas Rentung Dalam...

TANAH MERAH - Seorang warga emas rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah...

Pembalakan Di Hutan Ulu...

JERANTUT - Kegiatan pembalakan yang agresif di Hutan Ulu Tembeling sejak tiga tahun...

Warga Indonesia Miliki Senjata Api & Peluru Ditahan

MIRI – Seorang warga Indonesia yang memiliki senjata api serta peluru hidup tanpa lesen adalah antara 22 warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izia (PATI) di tanah tinggi, Bario petang semalam.

Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut berkata suspek kini ditahan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 untuk siasatan lanjut kerana memiliki senjata buatan sendiri dan dua peluru hidup.

“Operasi dijalankan dari 5 petang hingga 10 malam tadi, 22 warga asing ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan empat wanita,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah maklumat terperinci mengenai tangkapan tersebut masih belum didapati kerana masalah telekomunikasi.

Gabriel berkata daripada jumlah 22 warga asing itu, dua ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.


Bario adalah kawasan tanah tinggi dengan perjalanan darat memakan masa lebih 18 jam dari bandar raya Miri. – BERNAMA

Kategori