Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Bawa Suspek Kes...

SEREMBAN - Polis hari ini membawa dua suspek dipercayai terlibat dalam kes melarikan...

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada...

PUTRAJAYA ā€“ Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di...

2 Pelancong Wanita Ditemui...

RABAT - Dua pelancong wanita, masing-masing berasal dari Denmark dan Norway ditemui mati...

Mayat Pekerja Ladang Hilang...

KINABATANGAN - Mayat pekerja ladang yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Jeroco...

Waris Benar Malaysia Urus Mayat Kim Jong-nam

SHAH ALAM – Keluarga Kim Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat mendiang yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila dan di mana waris mangsa memberikan kebenaran itu.

“Saya difahamkan (keluarga mangsa) serahkan kepada pihak kerajaan untuk urus mayat…kita akan uruskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar “Belia & TN50: Perspektif Keselamatan Negara” di sini hari ini.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing – Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.


Beliau berkata siasatan ke atas kes pembunuhan itu selesai mengikut protokol antarabangsa yang ketat dengan terdapat baki empat suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Mengenai kes lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baru awal pagi 18 Feb lepas, beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah.

“Mereka yang menjadi mangsa akan mendapat pembelaan undang-undang sewajarnya. Kita tak boleh rush (tergesa-gesa)…kita mahu kumpul segala bukti sebab ini kes besar,” katanya. – BERNAMA

Kategori