Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Peniaga Jangan Naikkan Harga...

SELAMA - Peniaga khususnya di negeri yang dilanda banjir diingatkan agar tidak mengambil...

Belia Digalak Jana Idea...

MELAKA - Golongan belia di negeri ini digalak menjana lebih banyak idea dan...

Wanita Berkorban Jaga Bapa...

FOTO pengorbanan seorang wanita 43 tahun dari wilayah Anhui, China menjaga bapanya yang...

Petani Jumpa Kembali Dompet...

TERNYATA segalanya tidak mustahil. Seorang petani terkejut terkejut apabila menjumpai semula dompetnya yang...

Waris Tanah Kampung Baru Digesa Jumpa PKB

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) menggesa waris tanah di Kampung Baru di sini agar tampil berjumpa dengan pihaknya bagi memastikan pembangunan yang dirancang diteruskan dengan lancar.

Pengerusinya, Datuk Affendi Zahari berkata waris penduduk perlu memberi kerjasama dengan PKB supaya pelan kemajuan tersebut tidak hanya tinggal rancangan.

“Selagi mereka tidak berjumpa dengan kami (PKB), saya tak boleh cakap bila masalah ini boleh selesai. Jadi saya minta agar waris tanah datang kemas kini hakmilik tanah mereka dengan wakil Pejabat Tanah yang datang dua kali sebulan, nak mencari waris bukannya perkara mudah.

“Setakat ini, PKB sudah selesaikan 18 lot tanah daripada 1,500 lot tanah yang berdaftar. Masalah ini melibatkan kira-kira 5,000 pewaris,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Kembara Sihat 1Malaysia (KS1M) di Dataran Masjid Jamek, Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau berkata PKB melalui Mobile Team kini giat mengenal pasti pemilik dan pewaris tanah bagi membantu menyelesaikan masalah secara khidmat nasihat serta rundingan

“Dengan cara penggabungan lot tanah kita boleh dapat tanah yang besar dan kita boleh bina bangunan bertingkat. Ini cara yang boleh dilakukan kalau nak tinggal di bandar,” jelasnya.


Terdahulu, Affendi dalam ucapannya berkata KS1M yang diadakan itu merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan pergigian di samping kesihatan umum serta mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pengembaraan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula semalam dan akan berakhir di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 26 Mac yang mana penutupannya akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya,” katanya.

Aktiviti khidmat masyarakat bertemakan ‘Ziarah Senyum’ bertujuan mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan anggota kesihatan dalam kegiatan berunsurkan kesihatan dan mengumpul maklum balas serta dapatan baharu tentang keperluan kesihatan masyarakat. – BERNAMA

Kategori