Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan...

SEGAMAT - Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) direman tujuh...

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab...

SAINT-DENIS - Langkah Sepanyol di saingan Piala Eropah 2016 amat memalukan selepas mereka tewas...

Adly Enggan Lepaskan Jawatan...

AYER KEROH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan...

Kerajaan Rancang Gubal Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk menggubal rang undang-undang berkaitan hak-hak wanita seperti...

Wartakan Kawasan Khas Orang Asli Di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan diminta mewartakan kawasan khusus bagi penempatan Orang Asli supaya masyarakat minoriti itu tidak terus tertindas akibat aktiviti pembalakan.

Ab Aziz Yusoff (BN-Galas) berkata kerajaan negeri perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum meluluskan aktiviti pembalakan, antaranya berkaitan kawasan tadahan air, kawasan tanaman Orang Asli, kawasan kubur Orang Asli dan kawasan rayau Orang Asli.

“Apabila semua ini berlaku (pengabaian terhadap perkara berkenaan), maka timbullah keresahan dan kemarahan masyarakat Orang Asli.

“Maka tercetuslah sekatan yang menghalang pembalak-pembalak memasuki kawasan pembalakan,” katanya ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah Pemangku Raja Kelantan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Pada 3 Okt 2016, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei sejak 26 Sept 2016.

Kumpulan Orang Asli itu menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan dengan mendakwa ia merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.


“Dalam ini, kita tidak boleh marah dan menyalahkan Orang Asli yang mengambil tindakan sedemikian. Mungkin kerajaan negeri, pembalak, peladang, pelombong dan pengusaha sayur telah mengabai dan menzalimi mereka,” katanya.

Ab Aziz secara sinis berkata kerajaan negeri hanya pandai memasang papan tanda bertuliskan ‘Anak Muda Kelantan Sayang Hutan’, namun anehnya tiada lagi hutan di sekeliling papan tanda berkenaan.

“Bagi saya, (mereka) yang tak sayang hutan adalah orang dewasa yang berkuasa melulus dan membenarkan kemusnahan hutan ini terjadi,” katanya. – BERNAMA

Kategori