Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pangkalan Data Mengandungi 4...

SHAH ALAM - Pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah...

9 Pasukan Amatur Beraksi...

PETALING JAYA - Saingan Piala FA 2018 akan diserikan dengan penyertaan sembilan pasukan...

Polis Thailand Tangkap Suspek...

BANGKOK - Polis Thailand telah menahan seorang warga asing berusia 28 tahun yang...

Video: ‘Tepuk Dahi’ Lihat...

KUSSSS semangat... seorang pekerja stesen minyak nyaris maut dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat...

Wenger Tolak Tawaran China RM165 Juta Setahun

ARSENE Wenger dilaporkan menolak tawaran bernilai £30 juta (RM165.06 juta) setahun di China kerana komitmennya untuk memperkukuhkan pasukan Arsenal.

Menurut beberapa laporan, kelab yang tidak dinamakan di China bersedia untuk mengambil pengurus Arsenal itu bagi membantu prestasi dalam Liga Super.

Bagaimanapun, Wenger tidak berminat dengan tawaran itu walaupun kontraknya akan berakhir pada musim panas ini.

Memetik laporan Sportsmail minggu lalu, ia mendedahkan Wenger sedia menolak tawaran di China untuk kekal di Eropah sekiranya beliau meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

 Liga Super China cuba untuk mendapatkan Wenger sebagai penambahan kepada pengurus pasukan berprofil tinggi yang turut menyenaraikan Manuel Pellegrini, Luiz Felipe Scolari dan Andre Villas-Boas. – Mail Online

Kategori